Tuesday, July 22, 2008

Program Kasih Sayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Kita percaya dan yakin, satu-satu usaha dan gerakkerja yang murni ini dipermudahkan selari dengan "Jadual Allah" dimana tiba masanya kini kita semua berada pada "Era Kasih Sayang" .

Berikut adalah terjemahan Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24,25 dan 26.

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup."

Surah Ibrahim ayat ke 24,25 dan 26.

Gabungan Bersama Program Kasih Sayang di antara
Komuniti Kebajikan Rakyat, Team BWNetwork 786 dan Barterwallet2u.com Berhad

PROGRAM KASIH SAYANG 1

Perjalanan beribu batu jauhnya, mulakan langkah pertama. Serentak dengan pelancaran gabungan bersama dalam Program Kasih Sayang pada hari ini, Soria Ramli wakil KKR bersama En. Ibrahim Nawabdin ketua Team BWNETWORK 786 telah mengunjungi kediaman puan Munah di Gombak, "WANITA KANSER CEKAL JAGA SUAMI UZUR". Kisah ini telah disiarkan dalam Sinar Harian Selasa 22 Julai 2008.

Pertemuan ini telah diaturkan oleh Tuan Haji Ali Napiah bin Lebai Abdul Karim . Beliau ialah bekas Ketua Umno Cawangan Batu 8 (18 tahun). Walaupun sudah lanjut usia, beliau masih lagi aktif dalam usaha dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan.

Dalam pertemuan itu, sumbangan segera telah di hulurkan. Puan Munah telah di pilih dalam Program Kasih Sayang ini bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

Maklumat lanjut kaedah-kaedah membantu Puan Munah dalam Program Kasih Sayang ini boleh layari laman web "Program Kasih Sayang - Wanita Cekal Jaga Suami Uzur".

Semoga dengan usaha ini dapat memberi sumber pendapatan harian dan mingguan kepada Puan Munah.

PROGRAM KASIH SAYANG 2 [KHAS UNTUK IBU TUNGGAL]

Kisah ini merupakan luahan hati seorang ibu tunggal selama 29 tahun yang mempunyai 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Suami yang dikasihi telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1979. Seorang anak lelakinya terpaksa bekerja kontrak, seorang anak perempuan bekerja guru dan tujuh lagi masih bersekolah. Pencen yang diperolehi daripada arwah suaminya sebanyak RM500 memang tida
k cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

Bagi meneruskan hidupnya bersama 10 orang anak beliau terpaksa menoreh getah yang berada di sebelah rumah. Ini kerana tiga daripada tujuh orang anaknya yang bersekolah tinggal di asrama luar daripada daerah tempat tinggalnya. Sudah tentu perbelanjaan lebih daripada yang sepatutnya.


Kegigihan ibu itu bekerja tidak mengenal erti panas, penat, pening yang penting baginya; anak-anak tujuh orang itu perlu diberi pelajaran dan makan yang cukup. Setiap bulan beliau akan bercuti menoreh untuk mengambil wang pencen di pejabat pos (ketika itu).

Kisah selanjutnya, sila klik..

Begitulah kesusahan yang di lalui oleh sebahagian besar ibu-ibu tunggal.


Sempena dengan gabungan 3 pihak dalam Program Kasih Sayang ini,
satu tawaran istimewa permulaan kepada 100 ibu tunggal dari seluruh Malaysia di tawarkan bantuan dana permulaan untuk menyertai peluang dalam JV Barterwallet2u.com Berhad.

Kepada yang berminat untuk dapat dana bantuan ini boleh berhubung dengan Urusetia Program Kasih Sayang [Ibu Tunggal] ;
NOR HAYATI ABD MALEK [KUALA LUMPUR] : 019-3262915

ATAU HANTARKAN MAKLUMAT LENGKAP KE E-MAIL : barterwallet@gmail.com

No comments: