Thursday, July 24, 2008

Impian


Impian masyarakat Malaysia terdiri dari berbagai-bagai benda. Kereta besar, rumah yang tersergam, wang simpanan yang banyak, pelaburan yang memberikan pulangan yang baik adalah di antara impian-impian masyarakat di negara ini.

Ada yang dapat memenuhi impian mereka sebelum mati tetapi lebih ramai lagi terpaksa menerima impian mereka itu bertukar menjadi satu mimpi indah sahaja. Sekadar tersenyum pada diri sendiri melihat orang lain memilikinya.

Manusia dijadikan tidak sama cita rasa mereka. Cita rasa itu pula
dibentuk dari latarbelakang keluarga, persekitaran sekililing dan pengalaman-pengalaman hidup yang berbeza-beza.

[Gambar : Amir Hamzah dan isteri - Jutawan Uptrend.] Sila klik disini untuk saksikan jutawan-jutawan Uptrend.


Tidaklah menjadi kesalahan malah digalakkan kepada sesiapa sahaja menikmati impian mereka yang telah menjadi kenyataan itu tetapi bukan ramai yang telah memenuhi impian mereka layak untuk menikmatinya.

Ramai yang terpaksa mengubah gaya hidup untuk menyesuaikan diri dengan nikmat yang diterimanya. Tidak kurang juga bertukar tingkah laku sehariannya apabila terpaksa menyesuaikan diri dengan 'benda' yang dimilikinya.


Di dalam nikmat ada azab dan di dalam azab ada nikmatnya. Kedua-dua perkataan 'azab' dan 'nikmat' ini saling silih berganti dan sentiasa bergandingan seiring sejalan sepanjang hidup kita.

****
[Gambar : Jutawan De Classic Life]
Dato Stapa lahirkan Jutawan Melayu MASA yang beredar pasti tidak terasa sepanjang perbualan dengan lelaki bertubuh 'slim' dan tinggi ini kerana kepetahannya bercakap mampu menaikkan semangat pendengar, sesuai dengan kepakarannya sebagai perunding motivasi....selanjutnya

*****
Pada yang bijak, semua 'benda' ini hanya layak di anggap menjadi alat sahaja bagi memudahkan hidup. Tetapi ramai juga yang menganggap ianya menjadi 'lambang' kepada pencapaian.

Apakah impian anda?
Mampukah anda mencapainya atau ia hanya akan menjadi angan-angan sepanjang hidup? Anda mampu untuk mencapai impian itu jika anda tahu teknik-tekniknya yang betul dan mempunyai ilmu untuk menguruskannya.


Petikan dari blog Tok Janggut.

No comments: