Friday, June 20, 2008

Salam Pantai Timur

Assalamualaikum

kepada semua dari Pantai Timur, Kelantan,Terengganu dan Pahang. Ramai yang telah menyertai PKU di Kuala Lumpur , Selangor dan Utara. Kini tiba pula gerak gempur di Pantai Timur.

Kini tiba waktunya "Jadual Allah" iaitu Era Kasih Sayang. Setiap umat digilirkan untuk memerintah dunia, tiba masanya kita "Umat Melayu" bersatu bersama dalam Era Kasih Sayang ini. Sedar atau tidak, hakikatnya bangsa Melayu kita yang memilikki dan menguasai dunia dari segi kewangan.

Ini petikan untuk kongsi bersama;

Kumpulan yang kedua pula ialah kumpulan yang lebih rendah diri, tidak dikenali ramai. Mereka ialah kumpulan Pemilik Perbendaharaan Di Raja.

Kumpulan inilah yang sebenarnya memiliki pengaruh kewangan didunia ini, atas pemilikkan dan pegangan ke atas aset peribadi. “Perbendaharaan Di Raja” ini adalah hasil dari bekas kerajaan yang wujud lebih 1,500 tahun yang lalu. Sebagai contoh ialah kerajaan Empayar Sriwidjaya (Kurun 7 sehingga 13 bertapak di Palembang, Sumatra, dan pada kurun ke 11 iaitu Empayar Majapahti yang bertapak di Jawa Barat dan kemudiannya berkembang sehingga ke seluruh Asia Tenggara).

Untuk berhubung dan menyertai PKU sila klik berdasar negeri-negeri berikut ;


[[[[ KELANTAN ]]]][[[[ TERENGANU ]]][[[PAHANG ]]]

Kerajaan Pusat lulus RM30 juta untuk bantu 13 ribu rakyat Kelantan

KERAJAAN pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membantu lebih 13,000 rakyat Kelantan yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan di bawah program kebajikan sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Che Ngah Ismail berkata peruntukan itu lebih besar berbanding RM7 juta yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang sebahagian besarnya untuk perbelanjaan mengurus.

"Program itu membabitkan pelbagai program termasuk orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik," katanya kepada pemberita selepas menutup hari keluarga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampung Jeram-Gaal di Tok Bali di sini, semalam.Che Ngah berkata peruntukan kerajaan pusat itu lebih besar berbanding RM24 juta yang diluluskan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata peruntukan tambahan itu bagi melaksanakan satu lagi program baru iaitu membantu penyakit kronik yang terlantar dan memerlukan keluarga merawatnya sepanjang masa.Che Ngah berkata setiap mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk meringankan bebanan keluarga.

Katanya mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM700 sebulan layak memohon di pejabat kebajikan masyarakat mulai sekarang di kawasan masing-masing. Beliau menjangka permohonan rakyat yang memerlukan bantuan akan bertambah sebanyak 10 peratus berbanding sebelum ini memandangkan pihaknya menerima semakin banyak borang permohonan setiap hari dari seluruh jajahan."Setiap permohonan akan diteliti secara terperinci untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerimanya," katanya.

PERUNTUKAN 1.8 JUTA UNTUK USAHAWAN IBU TUNGGAL

SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi meluluskan peruntukan berjumlah RM1.8 juta kepada Persatuan Ibu Tunggal Malaysia bagi membantu anggotanya yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Menterinya Datuk Noh Omar berkata daripada jumlah itu, RM500,000 diperuntukkan melalui agensi di bawah kementerian, Institut Keusahawanan Negara (Insken) bagi pelaksanaan program atau kursus berkaitan keusahawanan, RM1 juta melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi ibu tunggal yang berminat memulakan perniagaan dan baki RM300,000 disalurkan dalam bentuk geran untuk persatuan itu menguruskan koperasi mereka sendiri.

"Persatuan perlu atur program dan kursus, sementara sukatan pelajaran dalam program itu akan disediakan oleh Insken dan bila dah ada program maklumkan dan Insken akan beri peruntukan berdasarkan jumlah peserta yang mengikuti program itu," katanya semasa berucap pada Majlis Dialog Bersama Persatuan Ibu Tunggal Malaysia di sini.

Katanya bagi ibu tunggal yang ingin berniaga, mereka boleh memohon kepada Mara dan agensi itu akan sediakan peralatan dan kelengkapan asas yang diperlukan.Noh berkata peruntukan yang diberikan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin terutama dalam memastikan ia mampu menjana pendapatan golongan ibu tunggal.-- BERNAMA

Lebih 4,000 Murid Sekolah Di Selangor Terima Zakat Bank Rakyat

SUBANG, 22 Jun (Bernama) -- Pemberian zakat boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk membantu golongan kurang bernasib baik berikutan kenaikan harga minyak hingga mengakibatkan kesan domino peningkatan harga barang keperluan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, pemberian zakat selain dituntut oleh agama, adalah antara ciri-ciri yang diperlukan ke arah melahirkan masyarakat penyayang."Dalam usaha kita menuju ke arah negara maju, salah satu aspek yang diambil kira ialah melahirkan masyarakat penyayang. Dalam hal ini semua pihak mesti memainkan peranan mereka bagi memastikan matlamat ini dicapai," katanya pada majlis penyampaian Zakat Perdana Wilayah Selangor di sini hari Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Alwi Ibrahim.Pada majlis itu, Bank Rakyat menyerahkan zakat lebih RM400,000 kepada 4,068 pelajar dari 64 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah dari seluruh Selangor.Pemberian itu adalah sebahagian daripada peruntukan zakat perniagaan bank berkenaan pada tahun lepas berjumlah RM32 juta.Sebahagian daripada jumlah itu disalurkan kepada Majlis Agama Islam di setiap negeri untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan manakala RM11 juta diagihkan sendiri oleh bank kepada para pelajar miskin dari sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.-- BERNAMA


Sekampit beras untuk satu keluarga miskin


SEREMBAN, 23 Jun: Nampak kecil iaitu hanya sekampit beras untuk satu keluarga. Namur bagi yang miskin, ia satu sumbangan yang bermakna untuk mereka.Inilah yang cuba dibuat oleh PAS Negeri Sembilan melalui program “Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan”.

Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan bertujuan untuk membantu keluarga miskin dan yang memerlukan dari pelbagai lapisan kaum dan agama.

Hari pertama ia dilancarkan, sebanyak 12 kampit beras telah diserahkan oleh para penderma semasa majlis ceramah umum yang telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Paroi pada 18 Jun 2008.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Hj Omar menyeru kepada semua mereka yang berkemampuan terutamanya di kalangan AJK serta ahli PAS secara khususnya serta orang ramai agar tampil ke hadapan untuk membantu keluarga miskin yang semakin ramai sekarang ini akibat kenaikan harga minyak.

No comments: