Wednesday, June 18, 2008

Masaalah Kewangan, Lelaki Cuba Terjun Flat

Shah Alam - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masaalah keluarga dan kewangan mengambil tindakan untuk terjun daripada bangunan lima tingkat di Blok 54, Flat PKNS Seksyen 7, pada petang 18 Jun 2008.

Lelaki itu yang berumur 46 tahun itu difahamkan bekerja di sebuah syarikat penyelenggara lebuh raya di Shah Alam akhirya membatalkan hasratnya setelah dipujuk oleh anggota-anggota bomba yang tiba ditempat kejadian sejurus mendapat laporan.

"Berita ini di siarkan oleh Akhbar Sinar Harian pada 19 Jun 2008."




S'gor bagi beras percuma Jumaat ini
Jimadie Shah Othman Jun 18, 08 3:56pm

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membahagi-bahagikan beras, susu dan gula secara percuma mulai Jumaat kepada rakyat Selangor yang berpendapat di bawah RM1,500 sebulan, sempena sambutan 100 hari pentadbirannya.

Exco Kebajikan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bahan-bahan tersebut akan dibahagi-bahagikan melalui seluruh Dewan Undangan Negeri di Selangor. Katanya, bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, bahan-bahan tersebut akan diedarkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Manakala di 20 kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN), ia akan dibahagi-bahagian melalui exco kerajaan negeri.Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, setiap DUN akan menerima 800 beg, yang masing-masing berisi lima kilogram beras, setin susu dan satu kilogram gula.Bulan lalu, Dr Xavier dilaporkan berkata, golongan miskin di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.

Untuk itu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli beras untuk dibahagikan kepada golongan miskin di Selangor.


JIHAD EKONOMI MELAYU
Kebanggaan Islam Atau Kebanggaan Barat?

"Jihad Ekonomi Melayu" ! Itulah seruan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia 7 Jun 2006, yang membawa mesej kepada masyarakat Melayu di rantau ini agar bangkit memajukan status ekonomi Melayu sekarang. Seruan ini telah dikumandangkan oleh Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptamanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekaligus melancarkan penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem). 'Jihad Ekonomi' ini diseru agar dijadikan agenda utama dalam misi nasional bagi mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai bangsa maju menjelang 2020. Seruan ini dibuat setelah dasar ekonomi yang diamalkan selama ini tidak membawa bangsa Melayu ke tahap yang membanggakan. Sebagai contoh, dalam sektor korporat, penyertaan Bumiputera yang diukur melalui peratusan pemilikan ekuiti tidak mencapai sasaran 30%; kadar capaian paling tinggi setakat tahun 2004 hanyalah 18.9% berbanding pencapaian bangsa-bangsa lain. Nisbah pendapatan kaum Melayu berbanding kaum Cina juga adalah hanya pada kadar 1:1.64 manakala terhadap kaum India, 1:1.27 [Perangkaan tahun 2004].

Ulasan yang selanjutnya, sila klik..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ulasan ahli komuniti dari tajuk "Sepakat Membawa Berkat" .

Di sini saya siarkan untuk tatapan dan renungan bersama.

comments: pertanian said...

Tuan,
Boleh kita kumpulkan ahli komuniti menjadi 500,000 pada hujung tahun ini Jika seorang menabung RM15.00 sebulan bermakna kita dapat mengumpulkan dana RM 7,500,000.00 sebulan.

Setahun menjadi RM 90,000,000.00. Jika kita salurkan sebahagian (1/2) wang ini di dalam skim pelaburan kewangan antarabangsa bersekuriti, agaknya berapa lama dana kita akan mencapai RM 1 billion? 2 billion? 3 billion? dn seterusnya.

Separuh lagi kita gunakan untuk membantu ahli komuniti membiayai pendidikan anak atau perbelanjaan musibah sebelum tarikh matang sijil agreditsi PKU matang. Ramai ahli komuniti yang boleh dibantu sebagai menyediakan P.O.F, trade document seperti LC, BG dan lain-lain lagi.
Akhirnya kita dapat wujudkan ramai usahawan, membantu ramai orang sesuai dengan hasrat Komuniti Kebajikan Rakyat.
Tiada yang mustahil di sisi Allah.
June 16, 2008 8:38 AM

Ulasan Moderator (Adi)

Berhubung cadangan tersebut amatlah baik dan wajar sama-sama kita renungkan dan bersama kita ambil tindakan.

Singkap kembali kisah Soros, billionaire kaum yahudi

No comments: