Sunday, July 6, 2008

Bersatu untuk mencapai kekayaan kewangan bersama Komuniti Kebajikan Rakyat

Merujuk kepada tajuk di atas, "Bersatu untuk mencapai kekayaan kewangan bersama Komuniti Kebajikan Rakyat" setelah sebulan lebih KKR di lancarkan di alam maya (internet) telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Peluang yang pertama yang ditawarkan oleh KKR ialah Program Kebajikan Ummah yang diuruskan oleh syarikat Citiloan & Mortgage Sdn Bhd. Setelah sebulan lebih, seramai 15 peserta PKU yang telah mencapai pangkat Senior Agency Manager iaitu pangkat tertinggi dalam syarikat yang melayakkan untuk menerima insentif 35% . Melalui pelan insentif yang ditawarkan oleh syarikat Citiloan ini, dijangkakan dalam tempoh 3 bulan dapat melahirkan 15 orang jutawan.

Melalui platform KKR ini, pelbagai peluang-peluang baru bakal ditawarkan terutamanya melalui Program Usahawan Kelas Tinggi. Program Usahawan Kelas Tinggi lebih tertumpu kepada 'bagaimana wang bekerja untuk kita' seperti kata-kata azimat dari Robert Kiyosaki.

Bersama ini saya sertakan artikel yang dihantar oleh ahli komuniti dalam ulasan beliau dalam tajuk Sepakat Membawa Berkat.

comments: pertanian said...

Tuan,

Boleh kita kumpulkan ahli komuniti menjadi 500,000 pada hujung tahun ini Jika seorang menabung RM15.00 sebulan bermakna kita dapat mengumpulkan dana RM 7,500,000.00 sebulan.

Setahun menjadi RM 90,000,000.00. Jika kita salurkan sebahagian (1/2) wang ini di dalam skim pelaburan kewangan antarabangsa bersekuriti, agaknya berapa lama dana kita akan mencapai RM 1 billion? 2 billion? 3 billion? dn seterusnya.

Separuh lagi kita gunakan untuk membantu ahli komuniti membiayai pendidikan anak atau perbelanjaan musibah sebelum tarikh matang sijil agreditsi PKU matang. Ramai ahli komuniti yang boleh dibantu sebagai menyediakan P.O.F, trade document seperti LC, BG dan lain-lain lagi.

Akhirnya kita dapat wujudkan ramai usahawan, membantu ramai orang sesuai dengan hasrat Komuniti Kebajikan Rakyat.

Tiada yang mustahil di sisi Allah.

June 16, 2008 8:38 AM


IDEA YANG BAIK PERLU TINDAKAN SEGERA

Peluang-peluang keemasan dari segi "wang bekerja untuk kita" yang lumayan setiap bulan biasa didapati oleh individu-individu tertentu sahaja. Dalam Private Placement Program, biasanya menawarkan pulangan yang hebat dan modal pelaburan terjamin, tetapi perlukan dana yang besar dan tidak mampu untuk disertai oleh kebanyakkan orang biasa.

Contohnya, salah satu peluang pelaburan memerlukan modal minima RM500,000.00 dan boleh memberi pulangan yang besar setiap bulan. Peluang ini hanya mampu di sertai sebilangan kecil individu, maka berlakulah yang kaya bertambah kaya.

Maka, idea yang diberikan oleh ahli komuniti diatas amat lah baik sekali dan wajar kita renungkan bersama.

Lanjutan dari idea tersebut, saya bersama ahli-ahli komuniti di Kuala Lumpur telah mendapat maklumat-maklumat peluang yang boleh kita sertai bersama dalam Program Usahawan Kelas Tinggi ini.

PROGRAM PERKONGSIAN KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK

Program ini adalah hasil dari kerjasama dan diuruskan oleh 15 orang AJK komuniti induk KKR ke arah satu usaha permulaan secara praktikal bagi memulakan Program Usahawan Kelas Tinggi.

Peluang yang julung-julung ini menawarkan satu konsep berjemaah dalam menyertai peluang ekonomi. Insyaallah, program perkongsian yang pertama ini dapat membuahkan hasil dalam masa yang singkat sahaja, paling awal seminggu dan paling lewat sebulan.

Permulaan ini, pihak AJK komuniti hanya memerlukan sokongan dan perkongsian hanya 50 orang sahaja dari seluruh Malaysia.

No comments: