Friday, July 11, 2008

Anjakan Paradigma : Perlunya Bersatu Untuk Kebaikan Bersama

LAPORAN TERKINI : 13 jULAI 2008 (Hotel Putra, Kuala Lumpur)

Perkongsian kes 1 :

PENUBUHAN 'JAWATANKUASA BERTINDAK' - RAKAN KONGSI & STATUS TERKINI MPSB dari lembaga pengarah MPSB (partner RAKAN KONGSI).


Gambar-gambar Majlis (Sila Klik)
@
SLIDE SHOW

Team KKR sama-sama hadir dalam perjumpaan hari untuk meninjau perkembangan terkini.

Maklumat lanjut berhubung dengan majlis ini, sila klik

Rakan-rakan kongsi yang hadir telah melahirkan hasrat hati mereka dan sebulat suara bersetuju membentuk Jawatankuasa BERTINDAK bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi.

JAWATANKUASA BERTINDAK

Majlis Mesyuarat JAWATANKUASA BERTINDAK terdiri dari 20 orang.


Duduk dari kiri:
Mejar (B) Arifin Awang, Encik Soria Ramli, Puan Zalmazakaria, Encik Santokh Singh Hans, Dato' Haji Sulaiman Haji Ahmad.
Berdiri dari kiri:
Encik Ibrahim Nawabdin, Encik Fathil Khair Muhammad, Encik Ramli Abu Samah, Encik Mohd Marzuki Abdullah, Encik Azamee Nasir dan Encik Mior Ahmad Sabri Mior Mohd.
_____________

Wakil KKR En. Soria Ramli juga telah di pilih menganggotai Jawatankuasa Bertindak.

Majlis

Majlis-majlis Jawatankuasa akan dibentuk dengan segera bagi membantu Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan usaha mereka ke arah menyelesaikan masalah dan dapat membantu rakan-rakan kongsi yang kini sedang menghadapi keperitan hidup.

Maklumat lanjut : Sila klik

--------------------------------------------------------------------------------

Se awal penubuhan KKR, kami menerima pandangan yang bernas dari ahli komuniti yang merujuk kepada perlunya kita bersama-sama bersatu menggunakan kemahiran dan kepakaran demi kebaikan bersama. Berikut dapat kita bersama pandangan tersebut;

Syabas! Inilah dikatakan jendela awal membuka MINDA USAHAWAN TAHAP TINGGI.

Saya pernah mengikuti perbincangan mengenai Pelaburan dan Masadepan Umat Islam, Pelaburan dan Minda Melayu.

Semasa idea pelaburan di dalam minda Melayu semakin sejuk dan terus beku disebabkan berbagai faktor seperti tersilap pilih skim pelaburan, tersalah membuat keputusan, gagal memahami teknik terkini dan di eksploitasi oleh pemangsa yang menggunakan bekas tokoh perbankan, media massa dan pelbagai teknik EXPLOITATION AND CAPITALISATION, tuan-tuan memberi nafas baru yang telah lama kami nantikan.

Pastikan semua skim ini mempunyai jaminan ( wang kami tidak akan berkurangan kecuali di dalam dagangan yang beresiko seperti Forex, Komoditi dan Pasaran Modal ), mendapat kelulusan samada Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau jika prinsipalnya dari negara luar sertakan kelulusan negara asal dan hubungkait peruntukan undang-undang dengan negara kita dan yang selebihnya - berilah pendidikan mengenai pelaburan kepada pelabur sebelum mereka menjerumuskan diri melabur seperti yang telah mereka lakukan.

Generasi baru pelabur di negara ini adalah dari semua peringkat masyarakat Melayu yang kini terasa dihimpit oleh tekanan ekonomi dan pelaburan adalah kit baru di dalam Juang Hidup mereka.

_________

Terdapat firma-firma yang di sangka hebat memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi hanya diketahui tidak mempunyai lesen pelaburan yang sah. Apabila pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia bertindak, firma-firma ini gagal menjamin dan mempertahankan kepentingan pelabur. Covenant pelabur telah dipenuhi iaitu dengan melaburkan wang mereka tetapi covenant syarikat dipertikaikan. Firma yang sebegini sepatutnya disaman berkali-kali kerana cuai dan gagal memenuhi perjanjian.

Akhirnya mereka terlepas begitu sahaja dengan alasan TINDAKAN KERAJAAN YANG TIDAK WAJAR. Hakikatnya, mereka sendiri merancang perkara ini berlaku kerana sudah dihitung wang yang terkumpul sudah cukup dan telah dipindahkan ke zon selamat, wang yang dibekukan belum tentu cukup untuk memenuhi covenant mereka.

Untuk melepaskan diri, mereka akan menggunakan teknik lain iaitu menyaman pihak kerajaan kerana mereka sudah mengkaji bahawa dengan mengunakan teknik ini mereka sekali lagi terselamat kerana proses saman menyaman ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Mereka menggunakan teknik CAPITALISATION AND EXPLOITATION yang berjaya mengelabui mata kerajaan dan pihak pelabur.

Penghujung cerita, pelabur menyalahkan kerajaan dan kambing hitam yang firma-firma ini wujudkan.

Banyak firma Multi Level Marketing yang telah berjaya menggunakan teknik ini.

_________

Tuan-tuan perlu sensitif dengan skim yang tuan-tuan perkenalkan ini. Kemaskan semua sektor, kukuhkan segala penjuru bagi menjamin wang pelabur selamat.

Jika semua ini dapat tuan-tuan buktikan, pelabur akan berjaya dan tuan-tuan telah berjaya membuka jendela Minda Usahawan Tahap Tinggi.

Selamat Berjaya!
May 25, 2008 11:49 AM

------------------------------------------------------------------------------------

Perkongsian kes 1 :


PENUBUHAN 'JAWATANKUASA BERTINDAK' - RAKAN KONGSI
&
STATUS TERKINI MPSB dari lembaga pengarah MPSB (partner RAKAN KONGSI).
__________________


KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI MPSB DI SELURUH NEGARA

DIHARAP DAPAT MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERJUMPAAN BERSAMA RAKAN KONGSI BAGI MEMBENTUK "JAWATANKUASA BERTINDAK" BAGI PIHAK RAKAN KONGSI SEMUA YANG AKAN DI ADAKAN PADA:

TARIKH : 13HB JULAI 2008 (AHAD)
JAM : 2 petang
TEMPAT : Hotel Putra (Bersebelahan Perpustakaan Negara, berhadapan Institut Jantung Negara) KUALA LUMPUR


zalmazakaria@yahoo.com atau sms 0197236161 / 0127555684

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI.



Nota :

Usaha pembelaan yang di buat oleh segelintir individu yang terlibat dengan MPSB ini amat dikagumi . Semoga usaha ini membuahkan hasil yang boleh membantu rakan-rakan kongsi MPSB mendapat gambaran yang lebih jelas dan dapat terbela.


No comments: