Friday, June 13, 2008

Lawatan wakil Utara dan Tengah ke Ibupejabat Citiloan

Program Kebajikan Ummah semakin mendapat sambutan. Pada 13hb Jun 2008, satu siri lawatan telah dilakukan oleh wakil dari utara tanahair bagi melihat sendiri pelan operasi dan struktur syarikat Citiloan and Mortgage Sdn Bhd.

Turut bersama dengan wakil dari utara ini ialah Encik Sabri Nong, Encik Fadly Bahktiar bin Othman, Encik Yunus Bin Zainun, , Encik Noor Iskandar Mokhtar, Timbalan dan Encik Adi, Pengasas Komuniti Kebajikan Rakyat.

Kedatangan mereka diraikan oleh oleh Encik Zuhaimi Haji Zainuddin, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan dan Dato' Mat Amin Mamat, Ketua Pegawai Operasi.

Di dalam sessi perbincangan bersama pengurusan Citiloan and Mortgage Sdn Bhd, Encik Noor Iskandar Mokhtar telah meminta jasabaik pihak pengurusan syarikat untuk mengendalikan syarikat dengan lebih profesional dan memegang amanah bagi memertabatkan ummah untuk mencapai tahap ekonomi yang teguh dan kukuh.

Apabila tumbuhnya berbagai-bagai jenis firma yang menganjurkan program yang menarik ramai rakan kongsi tetapi oleh kerana kecuaian di dalam bidang pengurusan telah mengakibatkan ramai yang menjadi mangsa. Gejala ini secara tidak langsung telah melemahkan semangat orang ramai khususnya bangsa Melayu untuk menceburi bidang modal kewangan.

Menurut beliau lagi, dengan dilemma yang kini sedang dihadapi oleh semua Rakan Kongsi ........., Program Kebajikan Ummah akan dapat memberi sumbangan bantuan kepada orang ramai khususnya Rakan Kongsi ....... merencanakan perancangan masadepan mereka dengan baik. Ianya akan dapat mengurangkan bebanan yang kini telah mereka hadapi sejak 2 bulan yang lalu apabila Bank Negara Malaysia menjalankan penyiasatan ke atas ........

Ketua Pegawai Operasi Citiloan and Mortgage Sdn Bhd, Dato' Mat Amin Mamat, menyambut baik saranan yang diterima dan mengalu-alukan sebarang teguran bagi memperkemaskan operasi syarikat supaya hasrat Program Kebajikan Ummah dapat dicapai.

Menurut beliau, wang yang dibayar dari peserta bukanlah digunakan untuk pelaburan tetapi ianya adalah bayaran yuran. Wang ini akan digunakan untuk urusan pendaftaran dan bayaran-bayaran berkaitan. Dengan perubahan ekonomi dunia dan tekanan. Program yang julung-julung kali diadakan di dunia ini akan dikembangkan ke Brunei, Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina dan ke Singapura.

Beliau amat mengharapkan dengan program yang dianjurkan ini akan dapat membangunkan ekonomi orang Melayu - Islam, secara tidak langsung akan dapat melegakan ahli-ahli mengatasi masalah ekonomi peribadi yang semakin meruncing.

Mengakhiri sessi perbincangan ini, Dato' Mat Amin Mamat menegaskan bahawa amanah yang dipikul akan disempurnakan dengan sebaik-baiknya.




"...jika sudah membuat wang nanti, pulanglah ke kampong untuk membantu ramai orang yang susah. Wang tidak akan dapat membuat kita menongkat langit, pulanglah. Jengoklah kami di kampong kerana dengan pengalaman mu, wang mu dan tenaga mu - akan kita bangunkan kampong halaman, pulanglah....."



Maklumat lanjut sila hubungi ;

  1. Norhayati Abd Ghafar (Parlimen Tambun) - 012-3917565
  2. En. Sabri Nong (Perak) - 019-5590007
  3. Kasmuri bin Awang P15 SUNGAI PETANI - 012-4735251
  4. Yunus Bin Zainun (Ipoh) - 016-2127447
  5. Fadly Bahtiar bin Othman (Parlimen Padang Rengas - Perak) - 0195782318

Tok Janggut

KEBENARAN MENGATASI KEMUNGKARAN. Walaupun menyiat rasa dan menggetarkan jiwa - keREDHAan adalah tapak yang kukuh untuk semua Insan yang menerima qadha dan qadarNya.

2 comments:

Unknown said...

Harap dapat jelaskan dari segi kelulusan Bank Negara dan SC. seelok-eloknya bagi suatu paparan yang boleh memberi lebih keyakinan pada bakal-bakal ahli.Terima kasih

Unknown said...

Wah...hebat PKUMMAH ini ...org hebat2 dah join pkummah. saya rasa nak join juga. BNM SC tak kacau ke ? takut juga jd macam swisscash , MPSB ,jainetwork dll lg program .