Saturday, June 28, 2008

Kisah 33 hari

Kini sudah 33 hari Blog Komuniti Kebajikan Rakyat dilancarkan serentak itu juga saya dan rakan-rakan mendapat peluang dalam Program Kebajikan Ummah yang di uruskan oleh Syarikat Citiloan & Mortgage Sdn Bhd.

Pada 22/5/2008 sedang saya minum di Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan (Jln. Yap Kwang Seng) secara spontan di beritahu oleh En. Shafie (TELEKOM) tentang peluang baru dalam Citiloan.

Pada 25/5/2008 saya bersama dengan Shamsul ke Ibupejabat Citiloan dan berpeluang berjumpa dengan Dato' Mat Amin dan Zulhilmi setelah diaturkan oleh En. Shafie.

Saya selalu ingat kata-kata Dr. Hamka,

" Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, peluang yang besar itu datang tidak menentu masa. Kadangkala peluang yang besar itu datang dalam keadaan kita kesempitan, tetapi nilailah peluang itu kerana ia boleh berlalu dengan begitu sahaja jika kita tidak merebutnya. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang tersebut".

Setelah mendapat penerangan oleh Dato' Mat Amin saya bersama Samsul telah berbincang dengan rakan-rakan yang lain iaitu Fauzi , Adam dan beberapa rakan yang lain tentang peluang PKU ini.

Akhirnya kami semua bersetuju untuk sama-sama mengambil peluang ini sebagai peserta. Dalam saat dan ketika itu team kami memang dalam kesempitan kewangan kerana menguruskan satu projek yang menggunakan banyak modal dan kini dalam peringkat akhir untuk capai kejayaan. Dalam menjayakan projek tersebut kami berjaya wujudkan komuniti kecil dari seluruh negara secara tak langsung. Kejayaan projek tersebut sudah berada di ambang pintu, insyaallah.

Walaupun saya dan rakan dalam kesempitan, kami ingin juga bersama dalam PKU ini kerana adanya konsep kebajikan kepada UMMAH. Kami amat kagum dan terharu dengan usaha syarikat Citiloan yang begitu prihatin dengan UMMAH terutamanya bangsa Melayu. Sungguh hebat sekali idea ini.

Maka pada 25/5/2008 saya telah lancarkan blog Komuniti Kebajikan Rakyat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma [kalau kena bayar, memang tak mampu] dan lahirlah www.pkummah.blogspot.com. Pada 17 June 2008 dengan ehsan saudara Azra telah bantu membayar menggunakan kad kreditnya untuk dapatkan domain www.pkummah.com .Sehingga sekarang masih gunakan server percuma dari Blogspot. Insyaallah, bila ada modal nanti banyak perkara berhubung dengan Teknologi IT dapat dimanafaatkan kerana kita ada pakar-pakar yang hebat seperti Azra dan Fauzi Razali.

Pada 25/5/2008 saya siarkan Artikel pertama,

Program Kebajikan Ummah

Program ini bukan skim pelaburan atau apa-apa skim tetapi satu sumbangan dari pihak korporat yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk mengagihkan kekayaan kepada semua orang Melayu. Inilah Era Kasih Sayang yang bakal menyaksikan pelbagai pihak akan buat kebajikan demi mendapat Rahmat dan Keredhaan Allah s.w.t. Maklumat lanjut hubungi ; Samsul - 0172097381 Izzudin - 0162331761 Adi - 0162339234 Adam - 0192590112 Iman - 0175421056 WAKIL-WAKIL DARI SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN

Saya, Samsul dan rakan-rakan yang lain pernah menyertai pelbagai syarikat MLM dan juga yang berkait dengan Networking seperti ahli-ahli komuniti yang lain. Samaada syarikat-syarikat yang di milikki oleh Bangsa China, India dan Melayu telah kami sertai.

Sebagai Bangsa Melayu, kami rasa sewajarnya kami bantu syarikat Melayu terlebih dahulu tambahan pula Syarikat Citiloan ini yang begitu mengambil berat pasal kebajikan kaum yang terpinggir ini walaupun di negara sendiri iaitu Bangsa Melayu.

Walaupun kami serba kekurangan dan kesempitan, kerana perjuangan nak juga terlibat sama dalam usaha mulia ini. Tak wajar untuk saya dan rakan-rakan untuk dapatkan "oksigen" bagi pergerakan untuk mendapatkan penyertaan ahli2 dari seluruh Malaysia. Tapi kalau syarikat yang dimilikki Bangsa China, mereka sanggup membeli leader2 dengan tawaran2 menarik untuk pergerakan.

Maka, selepas dilancarkan laman web www.pkummah.blogspot.com saya perlu lakukan tugas-tugas tertentu untuk perkenalkan kepada pengunjung-pengunjung internet supaya melayari laman tersebut. Dalam hal ini perlukan kemahiran pemasaran dalam internet. Alhamdulillah, dengan pertolongan dari Allah ramai yang mengunjungi laman web kami dan mendapat maklum balas dari seluruh Malaysia. Inilah revolusi IT abad ke 21.

Kini dalam tempoh 33 hari ramai sudah leader-leader dari seluruh Malaysia yang telah sertai PKU yang bermula dengan Nizar, Dali, Puan Jamilah, Hajar, Rozita, Ibrahim dan ramai lagi.

Akhir sekali saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan seperjuangan dalam KKR ini, apabila berjaya dapat pendapatan lumayan dalam insentif agen PKU nanti jadilah seperti rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Bila dah kaya nanti, jangan lupa untuk bantu kawan-kawan yang kesempitan dan juga membuat kebajikan. Membantu kawan-kawan dalam kesempitan yang meminta tolong dari kita sewajarnya kita bantu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharap apa-apa pembalasan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya nanti. Renung-renungkan kisah berhubung dengan pembalasan di akhirat nanti berhubung syurga dan neraka, bagaimana kisah seorang pelacur yang dapat masuk syurga hanya dengan memberi air kepada seekor anjing yang sangat kehausan.

"Keikhlasan Perjuangan Itu Lahir Dari Hati Yang Suci Dan Murni, Di lahirkan Dalam Tindakan .Dakilah Dahulu Bukit Sebelum Kamu Hendak Mendaki Gunung "

1 comment:

pertanian said...

GOTONG ROYONG EKONOMI

Saudara Adi,

Pemimpin yang sebenar tidaklah bermula dengan memimpin gagasan yang besar. Ianya bermula dari memimpin diri sendiri iaitu memimpin mindanya untuk menjurus akal fikiran ke arah yang benar, memimpin mata dan telinganya untuk melihat dan mendengar kebenaran. Memimpin seluruh anggota tubuhnya, 7 lapis dirinya supaya benar. Kebenaran inilah yang dituntut jika mahu mencapai kejayaan yang gemilang di dalam kehidupan seseorang, sesebuah masyarakat dan sesuatu tamadun.

Tanpa kebenaran kita hanya menjadi pengadu domba dan kita akan melalui kehidupan yang dikurniakan ini dengan penuh kepura-puraan.
Pemimpin yang baik mempunyai 4 kriteria yang perlu diikuti iaitu beliau mestilah seorang raja yang memberi perintah, menjadi seorang kesatria yang menguatkuasakan perintah yang diberikan, seorang kekasih yang tahu isi hati kekasihnya – memahami isi hati orang bawahannya dan seorang ahli silap mata – mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ringkasnya,

Ketegasan mahu semua arahan disempurnakan,
Menguatkuasakan arahan itu dilaksanakan,
Berhati mulia dan memahami harapan rakyat; dan
adalah seorang ahli silap mata yang boleh menyelesaikan semua masalah dengan baik.

Apa yang telah Saudara lakukan adalah satu pengorbanan yang sepatutnya ada pada seseorang pemimpin dan Saudara telah melakukannya dengan baik walaupun Saudara dan rakan-rakan serba kekurangan dan di dalam kesempitan. Saudara sebenarnya – tanpa disedari telah mempunyai MODAL INSAN yang kukuh.

Perjuangan Saudara supaya lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu – Islam menikmati hasil yang bakal diperolehi dari Program Kebajikan Ummah anjuran Citiloan and Mortgage Sdn Bhd (CAM) – saya sanjung tinggi.

Hari ini, setelah 33 hari – seolah-olah Saudara dan rakan-rakan memintal batu-batu kerikil jalan untuk dijadikan tasbih – hasilnya amat memberansangkan walaupun adakalanya tangan Saudara sendiri terluka tercucuk bahagian tajam batu kerikil itu. Selepas ini 33 hari yang kedua kemudiannya 33 hari yang ketiga akan melengkapkan untaian 99 hari yang penuh kepayahan dan kejerihan namun inilah yang akan menjadi ingatan manis kepada diri Saudara dan rakan-rakan.

Tamat sahaja 99 hari itu, Saudara dan rakan-rakan akan tersenyum puas melihat peserta yang pertama akan memperolehi RM 500.00 sebulan selama 5 tahun seperti yang dijanjikan oleh CAM. Kegembiraan di wajah penerima RM 500.00 itu seolah-olah telah mengiktirafkan bahawa lengkaplah sudah irama dan lirik lagu yang Saudara dan rakan-rakan gubah. Maka lagu itu akan berkumandang laju dibawa angin hingga sampai kesetiap pelusuk negara menusuk ke dalam nati nurani rakyat yang amat memerlukannya.

Lagu itu bertasbih bersama degungan alam, dipalu getar gelombang – hanya telinga yang halus dapat mendengarnya. Lagu ini akan menghiris hati-hati yang sentiasa menadah mengharapkan ihsan dari Wajalla setelah putus harap dengan pemimpin bangsa yang sedang sibuk bercakaran sesama sendiri.

Percayalah, selagi masih bernafas dan selagi nadi berdenyut – teruskan perjuangan Saudara dan rakan-rakan. Perjuangan Saudara itu adalah sesuatu yang mulia lahir dari hati sanubari yang sentiasa tunduk dan patuh menjunjung perintahNya.

Bangunkan Komuniti Kebajikan Rakyat, kumpulkan dana, satukan hati – Saudara dan rakan-rakan sebenarnya sedang melangkah maju kehadapan sedangkan pemimpin bangsa yang dinobatkan melalui demokrasi sebenarnya kini sedang hebat melangkah kebelakang.

Saudara dan rakan-rakan adalah peneraju yang bakal mencipta sejarah baru bangsa Melayu, berjuang tanpa mengharapkan nama atau kedudukan. Hanya keredhaanNya.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Saya mengambil kesempatan ini mempelawa seluruh umat Melayu-Islam supaya sama-sama menjadi bahu yang memikul dan menghulurkan tangan untuk sama-sama menjinjing. Saudara dan rakan-rakan telah memulakan gotong royong ekonomi.

Keyakinan atas perjuangan suci murni yang jitu itu akan menjadi kunci membuka pintu khazanah yang tidak pernah kita terokai – tidak pernah kita ketahui. Insyaallah, berkat kesabaran, ketabahan Saudara dan rakan-rakan itu – pancaran silau cahaya khazanah itu hanya membawa kepada kebaikan dan memenuhi amanah DUNIA BARU!
-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-<>-